



Tempoh Kempen
1. Tempoh sah kempen ini adalah dari 15 Mei 2025 hingga 31 Julai 2025, kedua-dua tarikh termasuk ("Tempoh Kempen"), kecuali dinyatakan sebaliknya.
2. Jika berkenaan, tempoh tambahan satu (1) bulan dari tamat Tempoh Kempen mungkin diperuntukkan untuk tujuan menjejaki kelulusan dan pencairan pembiayaan ("Tempoh Penjejakan"), tertakluk kepada sebarang lanjutan Tempoh Kempen dan/atau perubahan keperluan Kempen.

Kelayakan
3. Kempen ini terbuka kepada semua PKS (seperti yang ditakrifkan di bawah) yang memohon dan mengaktifkan produk pembiayaan Funding Societies melalui Bayarlah dan Saluran Digital Funding Societies dalam Tempoh Kempen ("Pelanggan Layak"). Bayarlah termasuk Bayarlah Electronic Direct Mail dan kaedah rujukan lain yang dianggap sebagai sebahagian daripada Saluran Bayarlah.
4. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan:
a) "PKS" merujuk kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta individu Malaysia yang mempunyai lesen perniagaan sah seperti yang ditakrifkan oleh SME Corporation Malaysia.
b) Produk pembiayaan Funding Societies merujuk kepada:
(i) Pembiayaan Mikro Funding Societies/-i
​
5. Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau dikirim/dilakukan sebelum atau selepas Tempoh Kempen akan terbatal kelayakan.
​
6. Jika Pelanggan Layak mempunyai lebih daripada satu pemilikan perniagaan, mereka boleh mendaftar dan memohon pembiayaan secara berasingan untuk setiap perniagaan melalui platform Bayarlah untuk layak menerima satu (1) Hadiah Cashback (seperti ditakrifkan di bawah) bagi setiap perniagaan.
Ganjaran Pulangan Tunai

7. Pelanggan Layak akan layak menerima Pulangan Tunai (“Ganjaran Pulangan Tunai”) jika mereka berjaya:
a) memohon produk pembiayaan Funding Societies di platform Bayarlah semasa Tempoh Kempen; dan
b) pembiayaan diluluskan dan disalurkan sebelum tamat Tempoh Penjejakan (jika berkenaan).
Ganjaran Pulangan Tunai hanya akan diberikan kepada Pelanggan Layak yang memenuhi kriteria di atas.
​
8. Ganjaran Pulangan Tunai adalah dalam bentuk bayaran balik terhadap jumlah Kadar Diskaun Pedagang (Merchant Discount Rate) yang dikenakan dalam tempoh tiga (3) bulan kalendar sebelum tarikh penyaluran, dihadkan pada RM200 bagi setiap Pelanggan Layak.
9. Selepas tamat Kempen, pihak Funding Societies akan memproses Ganjaran Pulangan Tunai dan memaklumkan penerima melalui emel. Ganjaran akan dibayar ke dalam akaun bank pelanggan dalam tempoh 30 - 60 hari selepas berjaya menyelesaikan tempoh bayaran balik selama 3 bulan ("Tempoh Pembiayaan"). Pelanggan yang mempunyai bayaran tertunggak atau gagal memenuhi kewajipan pembayaran balik dalam Tempoh Pembiayaan akan kehilangan kelayakan menerima Ganjaran.
10. Ganjaran Pulangan Tunai akan ditaja oleh Funding Societies dan diedarkan oleh Bayarlah. Ganjaran ini tidak boleh ditukar, dipindahkan, dikembalikan, atau ditukar dengan wang tunai.
Terma dan Syarat Am
11. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak dianggap telah membaca, memahami sepenuhnya dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini termasuk sebarang pindaan atau variasi terhadapnya. Keputusan Penganjur dalam semua perkara berkaitan Kempen ini adalah muktamad dan mengikat, dan sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan tidak akan dilayan.
​
12. Sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam terma dan syarat ini akan ditentukan sepenuhnya oleh Penganjur. Sebarang surat-menyurat berkaitan keputusan Penganjur tidak akan dilayan.
​
13. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan teknikal, gangguan, dan/atau kesilapan manusia atau elektronik semasa proses pendaftaran dan permohonan pembiayaan di saluran Bayarlah oleh Pelanggan Layak.
​
14. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak memberikan keizinan tanpa syarat kepada Penganjur untuk memproses dan mendedahkan data peribadi mereka kepada pihak ketiga dan/atau penyedia perkhidmatan bagi tujuan Kempen ini mengikut Polisi Privasi dan Notis PDPA Penganjur. Pelanggan Layak juga bersetuju bahawa Penganjur boleh menggunakan, menyimpan, berkongsi, menerbitkan dan/atau memaparkan nama, gambar, video dan maklumat lain untuk tujuan pengiklanan dan/atau promosi sekarang atau masa hadapan tanpa sebarang pampasan.
​
15. Penganjur berhak untuk menarik balik, membatalkan, menamatkan, menggantung atau melanjutkan Kempen ini serta mengubah mana-mana terma dan syarat Kempen, secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut budi bicara mereka dengan notis terdahulu melalui laman web Penganjur atau mana-mana kaedah yang difikirkan sesuai.
​
16. Penganjur berhak untuk menggantikan atau menukar Ganjaran Pulangan Tunai dengan nilai yang sama atau lebih rendah mengikut budi bicara mereka.
​
17. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh Pelanggan Layak secara langsung atau tidak langsung hasil daripada Kempen ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembatalan, penamatan, penggantungan, lanjutan, pembatalan kelayakan atau kehilangan ganjaran.
Terma dan syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
