top of page

Transformasi Digital Penjaja Madani

Menerajui Revolusi Pembayaran Tanpa Tunai

Inisiatif kerjasama di bawah: 
Partner Logo.png

Geran Digital Penjaja Madani (GDPjM)

Geran Digital Penjaja Madani (GDPjM) merupakan inisiatif kerajaan di bawah Malaysia MADANI yang bertujuan untuk membantu penjaja dan perniagaan mikro beralih kepada sistem pembayaran digital dan tanpa tunai.

Kempen ini dikendalikan dengan kerjasama BSN, MDEC, dan MCMC, dan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh Malaysia dengan fokus kepada memperkasakan golongan penjaja.

Apa Yang Anda Akan Terima

Peranti bayarlah (Smart QR Pro)

Smart QR Pro.png

Pelan Data Tahunan
(Percuma Setahun)

1 % MDR Rebat
(Nilai Transaksi kumulatif sehingga RM 70,000) 

Coin BG.png

Serta Ganjaran Sehingga

RM700

Confetti 1.png
Coin BG.png
*Tertakluk Terma & Syarat
confetti.png
Confetti 2.png

Kenapa Pilih bayarlah?

Peningkatan Ciri Keselamatan
Kelebihan Sistem Pengurusan Perniagaan
Terima Pelbagai eWallet & Bank Tempatan
Sokong Pembayaran Rentas Sempadan
​Sokongan Pelanggan Mesra & Efisien

Terma & Syarat

Sila baca dengan teliti sebelum membuat permohonan:
 

  1. Permohonan Terhad

    • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

    • Terhad kepada satu (1) permohonan per perniagaan berdaftar.

  2. Kelayakan Penerima Geran

    • Penjaja atau peniaga mikro yang mempunyai lesen sah daripada PBT, permit operasi, atau pendaftaran SSM.

    • Belum pernah menerima mana-mana geran digitalisasi kerajaan sebelum ini.

    • Kategori perniagaan: tidak bergerak, bergerak atau sementara.

  3. Rebat MDR dan Ganjaran

    • Rebat 1% MDR diberikan secara automatik selepas kelulusan dan pengaktifan terminal Bayarlah.

    • Ganjaran tunai sehingga RM700 tertakluk kepada jumlah transaksi terkumpul sehingga RM70,000 atau sebelum 30 Jun 2026, yang mana terdahulu.

  4. Dokumen Sokongan

    • Pemohon wajib mengemukakan dokumen sokongan yang sah dan lengkap seperti kad pengenalan, lesen perniagaan, penyata bank dan bil utiliti.

    • Bayarlah berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau tidak menepati syarat kelayakan.

  5. Kelulusan dan Pemprosesan

    • Semua permohonan tertakluk kepada semakan dan kelulusan akhir oleh BSN dan agensi berkaitan.

    • Bayarlah tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau penolakan oleh pihak agensi.

  6. Penamatan & Pembatalan

    • Sekiranya didapati maklumat yang diberikan palsu atau penipuan berlaku, Bayarlah berhak membatalkan penyertaan dan menarik semula sebarang manfaat yang diberikan.

    • Penerima juga boleh digugurkan jika tidak mengaktifkan terminal atau tidak mencapai transaksi minimum.
       

Dengan menghantar permohonan, anda bersetuju dengan semua terma dan syarat di atas.

Sertai Revolusi Pembayaran Digital Hari Ini!

Jadikan perniagaan anda lebih moden, mudah dan mesra pelanggan dengan sokongan penuh dari bayarlah & Geran Digital Penjaja Madani.

  • Whatsapp
  • TikTok
  • Facebook
  • Youtube
  • Instagram
bottom of page